suria

TikToker dari Thailand jadi perhatian netizen, dikatakan mirip Rose Blackpink

TikToker dari Thailand ini dikatakan mirip Rose Blackpink.

SEORANG TikToker dari Thailand menjadi perhatian netizen di Korea Selatan apabila wajahnya dikatakan mirip anggota kumpulan Blackpink iaitu Rose.

Allkpop melaporkan, TikToker yang dikenali sebagai Opec itu mendapat jolokan sebagai ‘Rose Gong’ kerana gaya dan penampilannya mirip penyanyi popular berkenaan.

"Guys, Rose Gong muncul juga," tulis seorang pengguna Twitter.

rose2

TikToker yang dikatakan mirip dengan Rose Blackpink.

Opec dikatakan mempunyai ‘vibes’ seperti Rose dengan memiliki rambut perang serta bentuk muka yang sangat mirip.

Netizen yang pada mulanya berkongsi video itu juga menulis bahawa Opec mengingatkan mereka kepada ahli Blackpink itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Single solo Rose Blackpink juarai carta iTunes di 51 buah negara

ARTIKEL BERKAITAN: Bertuahnya Rose (Blackpink) dapat gitar daripada John Mayer!

"Saya ingatkan dia adalah Rose tanpa mekap, aksinya juga serupa.

"Dia kelihatan seperti Rose, malah rambutnya juga sama.

"Saya ketawa kerana aksinya seperti Rose kelihatan begitu semula jadi.

rose1

Rose merupakan antara ahli kumpulan Blackpink yang mempunyai ramai peminat.

"Ia sebenarnya menjengkelkan kerana dia benar-benar kelihatan seperti Rose," tulis netizen.

Untuk rekod, single solo Rose yang berjudul On The Ground pernah mencatatkan kejayaan luar biasa apabila mendominasi carta lagu iTunes di 51 buah negara sebaik ia dilancarkan.

Selain Rose, kumpulan wanita popular Kpop itu turut dianggotai oleh Jennie, Lisa dan Jisoo.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain