suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bertuahnya Rose (Blackpink) dapat gitar daripada John Mayer!

Rose muat naik hadiah gitar pemberian John Mayer.

ANGGOTA kumpulan Blackpink iaitu Rose menerima hadiah istimewa yang merupakan sebuah gitar berwarna merah jambu daripada penyanyi terkenal John Mayer.

Rose menerusi laman Instastory miliknya memuat naik foto gitar tersebut dengan kapsyen kehidupan sudah lengkap dan mengucapkan terima kasih kepada John Mayer.

Menerusi foto tersebut, terdapat satu nota kecil daripada John Mayer yang mengatakan dia yang sepatutnya berterima kasih kepada Rose.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Rose, saya sepatutnya berterima kasih kepada awak!" tulisnya.

Pada bulan lalu, John Mayer memuji Rose yang menyanyikan semula lagunya berjudul Dancing In A Burning Room dalam rancangan variasi berjudul Sea Of Hope.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain