suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

John Legend bawa Chrissy Teigen bercuti di Itali di selepas kontroversi dituduh kaki buli

Pasangan itu ke Itali setelah Chrissy berhadapan dengan tuduhan buli siber.

PENYANYI John Legend dan isterinya Chrissy Teigen dirakamkan menunjukkan beberapa aksi mesra semasa bercuti di Itali pada Isnin.

Percutian pasangan itu ke Itali setelah Chrissy berhadapan dengan tuduhan buli siber terhadap seorang model iaitu Courtney Stodden.

Courtney, 17, mendakwa Chrissy memintanya membunuh diri di Twitter.

Selain itu, beberapa lagi selebriti seperti Lindsay Lohan, Farrah Abraham dan bintang "Project Runway" Michael Costello juga menuduh Chrissy melakukan buli siber.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Chrissy telah membuat permohonan maaf secara terbuka atas kelakuannya yang lalu dalam posting panjang di Medium, yang juga dikongsikan di media sosial.

"Hai semua. Ia merupakan beberapa minggu yang memberi kesedaran kepada saya.

"Saya tahu saya telah berdiam diri dan anda tidak mahu mendengar khabar saya, tetapi saya ingin anda tahu bahawa saya telah pun sedar dengan apa yang saya lakukan sebelum ini," ujar Chrissy.

Chrissy juga berkata yang dia berasa amat menyesal dengan perbuatannya dahulu yang hanya mahukan perhatian dan diterima oleh masyarakat ketika itu.

"Setiap detik saya rasa menyesal dengan apa yang telah saya katakan pada masa lalu.

"Sejujurnya, saya tidak berfikiran matang kerana rasa perlu melakukan perkara sebegitu untuk medapatkan perhatian dan diterima oleh masyarakat, " katanya. - FOXNEWS

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia