suria

Hyeri syukur kekasih faham, Ryo Jun Yeol tonton semua episod drama 'My Roomate is A Gumiho'

Hyeri bersama kekasihnya Ryu Jun Yeol.

PELAKON Hyeri meluahkan rasa syukur kerana mempunyai teman lelaki iaitu aktor Ryu Jun Yeol yang memberi sokongan terhadap drama lakonannya berjudul My Roommate Is a Gumiho.

Memetik laporan Soompi, Hyeri memberitahu Ryu Jun Yeol juga tidak pernah terlepas menonton semua episod drama siri tersebut.

"Saya berasa sangat bersyukur kerana dia menonton setiap episod tanpa tinggal satu pun. Dia sentiasa memberi sokongan dan memahami.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Dia juga selalu buat saya rasa dihormati dan saya sangat bersyukur untuk itu," kata Hyeri.

Hyeri 1

Peminat suka dengan gandingan Hyeri dan Jang Ji Yong.

Selain Hyeri, drama siri romantik komedi itu turut dibintangi oleh Jang Ki Yong dan rata-rata penonton menyukai gandingan mereka berdua.

Dalam pada itu, Hyeri berkata dia juga berasa terharu dengan sokongan yang diberikan oleh ahli kumpulannya Girl's Day iaitu Minah, Yura, Sojin, Ji In, Jihae dan Jisun.

Untuk rekod, Hyeri bertemu dengan Ryu Jun Yeol ketika penggambaran drama Reply 1988 dan dikatakan mula menjalinkan hubungan sejak 2016.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!