suria

Konsert Justin Bieber di Kuala Lumpur tunda, peminat boleh tebus semula tiket dalam 14 hari

Tarikh baharu konsert Justin Bieber akan diumumkan kelak.

KONSERT Justin Bieber's Justice World Tour yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 Oktober ini ditunda ke satu tarikh lain.

Menerusi kenyataan dikeluarkan penganjur iaitu AEG Present dan PR Worldwide, pembatalan konsert itu susulan pengumuman dibuat oleh Justin sebelum ini yang ingin memberi fokus kepada masalah kesihatan dihadapinya.

"Pada 6 September Justin mengumumkan mahu berehat daripada mengadakan konsert jelajah kerana masalah kesihatan.

BIEBER 2

Bierber sebelum ini umumkan mahu berehat disebabkan masalah kesihatan.

"Tarikh konsert kekal ditundakan. Jadula persembahan baru pula bergantung kepada kekosongan tempat dan tarikh akan datang," kata kenyataan tersebut.

Awal September lalu, Justin memaklumkan dirinya kurang sihat selepas selesai membuat persembahan bersempena Rock in Brazil di Rio de Janeiro.

"Kemudian pada 15 September dia sekali lagi membatalkan 12 tarikh persembahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Justin Bieber batal konsert jelajah dunia, penganjur maklum persembahan di KL masih mengikut jadual

Bagaimanapun ketika itu, penganjuran konsert di Kuala Lumpur dan beberapa negara Asia Tenggara lain masih diteruskan mengikut jadual.

Susulan pembatalan konsert tersebut, pihak penganjur memberi peluang kepada peminat untuk menebus semula tiket yang telah dibeli selama 14 hari bermula 7 Oktober.

Dalam masa sama, tiket tersebut masih boleh digunakan untuk menyaksikan konsert berkenaan pada tarikh baharu tanpa sebarang kos tambahan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain