suria

Khloe Kardashian dikecam muat naik gambar dinding melengkung, peminat dakwa sengaja demi raih ‘likes’

Khloe memakai pakaian ketat yang disunting dikecam netizen.

MEMUAT naik foto yang disunting untuk kelihatan lebih ramping membawa padah kepada Khloe Kardashian apabila dia teruk dikecam netizen.

Menerusi gambar tersebut, Khloe mengenakan pakaian ketat berwarna hitam yang menunjukkan tubuhnya yang ramping setelah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 27 kilogram.

Bagaimanapun, netizen perasan gambar tersebut telah disunting supaya pinggangnya terlihat lebih ramping sebelum dimuat naik ke Instagram.

Rata-rata netizen mengecam foto tersebut kerana ia dikatakan jelas disunting sehingga bahagian belakang dinding gambar itu melengkung.

gambar yang disunting

Khloe telah memadam gambar berkenaan.

"Adakah mereka melakukan suntingan itu dengan sengaja demi publisiti atau Khloe mengupah editor yang teruk?," komen netizen di Twitter.

Peminat juga percaya, Khloe sengaja memuat naik foto berkenaan bagi meraih perhatian kerana tidak mungkin bintang realiti itu akan membiarkan dirinya dimalukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Berkali-kali berlaku curang, Khloe Kardashian dan Tristan Thompson bakal timang cahaya mata kedua

"Tak mungkin dia fikir tiada siapa akan perasan dinding di belakang dan pastinya ia hanya untuk perhatian," ujarnya.

Khloe bagaimanapun memilih untuk memadam gambar tersebut selepas mendapat banyak kecaman daripada pengikut laman sosial.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain