suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rain dituduh curang di belakang isteri, pihak pengurusan ambil tindakan undang-undang

Khabar angin Rain berlaku curang di belakang Kim Tae Hee adalah palsu.

PELAKON dan penyanyi Rain menjadi perbualan hangat di Korea Selatan apabila didakwa berlaku curang terhadap isterinya, Kim Tae Hee.

Memetik laporan Zoom Entertaiment, bintang terkenal itu dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan seorang permain golf profesional berdasarkan laporan sebuah portal media.

"Seorang bintang terkenal telah menipu isterinya, mereka bertemu di sebuah kejohanan golf baru-baru ini. Permain golf berkenaan mempunyai perbezaan umur yang jauh selain kenalan kepada isteri pelakon berkenaan," kata sumber.

Rain dan Kim Tae Hee pasangan selebriti yang romantis di Korea Selatan.

Perkara tersebut membuatkan pemain golf berkenaan menerima ugutan daripada para peminat pasangan berkenaan.

Bagaimanapun, menurut agensi pelakon Full House berkenaan berita tersebut adalah palsu dan tidak masuk akal.

ARTIKEL BERKAITAN: Rain kembali ke Malaysia, peminat berpeluang dapat tiket konsert percuma

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh kedekut belanja artis muda, Rain saman YouTuber sebar berita palsu

Agensi itu juga menjelaskan bahawa pihaknya kini sedang mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar berita palsu itu.

"Kami tidak akan menjawab khabar angin itu. Tuduhan itu tidak berasas dan kami percaya itu tidak patut menjadi satu perbincangan.

"Kami akan meneruskan tindakan undang-undang dan pihak peguam kami telah memulakan proses saman," kata wakil agensi berkenaan.

Untuk rekod, Rain dan Kim Tae Hee merupakan pasangan romantis yang sangat disenangi peminatnya di Korea dan mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 2017.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain