suria

Agnez Mo diabadikan sebagai patung lilin di Madame Tussauds Singapura

Agnez Mo berbesar hati atas pengiktirafan yang diterima daripada Madame Tussauds.

PENYANYI Agnes Monica menjadi selebriti Indonesia pertama yang mempunyai patung lilin di Madame Tussauds Singapura.

Agnes atau Agnes Monice Muljoto, 36, berkata, dia sangat teruja dan berbesar hati apabila mendapat pengiktirafan untuk menjadi sebahagian daripada personaliti dunia yang diabadikan dalam muzium berkenaan.

"Terima kasih Madame Tussauds kerana mengiktiraf gadis kecil ini. Saya berasa begitu rendah diri dan berbesar hati," katanya di Instagram.

agnez2

Penyanyi Indonesia ini kini aktif dengan karier nyanyiannya di luar negara.

Menerusi laporan kompas, perasmian patung lilin penyanyi itu dilancarkan pada 5 Oktober lalu bertepatan dengan ulang tahun ke-30 Agnes melibatkan diri dalam dunia seni.

Dalam pada itu, Agnez memberitahu dia terpaksa menahan 'pose' selama lima jam bagi membolehkan pihak muzium melakukan proses pengukuran bagi menghasilkan patung miripnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat terkejut Agnez Mo tak guna dompet jenama mewah... Rupa-rupanya suka simpan duit dalam sampul surat

ARTIKEL BERKAITAN: Foto ‘throwback’ Agnez Mo makan nasi bungkus pakai tangan dikongsi peminat... tak fasal-fasal bikin netizen sebak!

Bagaimanapun katanya, proses yang panjang itu sangat berbaloi kerana patung lilin berkenaan mirip dengan dirinya.

Malah perkara itu turut dipersetujui peminatnya yang kagum dengan hasil akhir patung berkenaan yang benar-benar serupa dengan Agnez.

"Keliru sekejap, kenapa Agnez ada dua? Oh rupa-rupanya patung!

agnez1

Macam kembar, Agnez bergambar bersama patung lilinnya.

"Memang mirip patung lilin ini, ingatkan Agnez ada kembar.

"Tidak hairan dapat pengiktirafan itu kerana dia memang seorang legenda. Terus maju Agnez dan menjadi kebanggaan Indonesia," tulis peminat di ruang komen Instagramnya.

Sebelum ini, Presiden Indonesia pertama iaitu Soekarno, Rudy Hartono, Joko Widodo dan Anggun C Sasmi turut mendapat pengiktirafan diabadikan sebagai patung lilin di Madame Tussauds seluruh dunia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain