suria

Foto ‘throwback’ Agnez Mo makan nasi bungkus pakai tangan dikongsi peminat... tak fasal-fasal bikin netizen sebak!

Perkongsian foto lama Agnez makan bersama ibu dan sahabat baiknya undang sebak netizen.

PERKONGSIAN foto lama penyanyi Agnez Mo sedang makan bersama ibu dan teman baiknya menarik perhatian netizen di laman sosial.

Menerusi portal KapanLagi, foto Agnez itu dikongsi oleh salah satu akaun peminat di Instagram dipercayai dirakam beberapa tahun lalu.

Dalam foto berkenaan, Agnez atau nama sebenar Agnes Monica Muljoto dilihat menikmati nasi bungkus dan makan menggunakan tangan.

Peminat terkenang sahabat baik Agnez Mo iaitu Allahyarham Olga (kiri sekali).

Agnez bersama dua lagi individu dalam foto itu juga dilihat berselera menikmati makanan sambil duduk beralaskan tikar.

"Sangat rendah diri... makan makanan Indonesia, sepertinya ada nasi bungkus, ayam penyet, sambal dan sayur.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ketika yang lain makan di tempat mewah, Agnez makan nasi bungkus atas lantai sahaja, memang terbaiklah," kata peminat.

Bukan itu sahaja, perkongsian foto throwback itu turut mengundang sebak netizen apabila mereka melihat salah seorang individu dalam foto itu ialah sahabat baik Agnez yang juga pelakon Olga Syahputra.

Rata-rata meluahkan rasa sedih dan meninggalkan emoji menangis terkenangkan arwah.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain