suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Tragedy King’ Dilip Kumar meninggal dunia pada usia 98 tahun

Dilip Kumar meninggal dunia pada usia 98 tahun.

PELAKON Legenda Dilip Kumar menghembuskan nafas terakhirnya di usia 98 tahun pada Rabu.

Menurut laporan Indian Express, Dilip Kumar atau nama sebenarnya Muhammed Yusuf Khan dimasukkan ke hospital akibat tekanan darah rendah sebelum disahkan meninggal dunia.

Rakannya Faisal Farooqui mengumumkan kematiannya melalui ciapan di Twitter aktor tersebut.

Dilip yang menerima gelaran 'Raja Tragedi' pernah berlakon hampir 60 buah filem dan menceburi industri lakonan lebih 50 tahun di India.

Beliau juga pernah disenaraikan dalam Guinness World Records kerana memenangi banyak anugerah lakonan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dilip Kumar pernah berkahwin dengan Asma Sahiba kemudian bercerai pada tahun 1983.

Kemudian dia berkahwin dengan aktres India Saira Banu dan hasil perkahwinan itu mereka tidak dikurniakan anak.

Dilip Kumar merupakan anak pasangan Ayesha Begum dan Sarwar Khan serta dilahirkan di Pakistan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Dilip Kumar, meninggal dunia

Artikel Lain