suria

Pemurah betul! Penyanyi dangdut Indonesia Annisa Bahar lelong rumah RM1 juta bantu keluarga mangsa Covid-19

Annisa sanggup jual rumah demi bantu mangsa Covid-19.

PENYANYI dangdut Indonesia Annisa Bahar berhasrat menjual rumahnya yang terletak di Bekasi, Jawa Barat bagi membantu keluarga pesakit Covid-19 yang terkesan dengan pandemik tersebut.

Menurut laporan KapanLagi, Annisa berkata rumah tersebut akan dilelong dengan harga sekitar RM1.1juta dan wang jualan itu akan disumbangkan kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga kerana wabak berkenaan.

Penyanyi popular era 90-an ini juga memberitahu bantuan itu akan diserahkan secara terus tanpa melalui mana-mana pihak atau organisasi.

"Ya benar, (rumah) di Bekasi... kerana niat hati saya untuk membantu dan hasil jualan itu nanti akan disumbangkan kepada keluarga mangsa Covid-19.

"Saya tidak mahu (melalui) pemerintah. Ini saya buat secara peribadi sahaja.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya sendiri yang akan turun padang nanti, tidak mahu beri kepada pemerintah. Dahulu semasa saya jual kereta untuk mangsa banjir pun saya serahkan sumbangan sendiri, " katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain