suria

Jungkook BTS dan Lisa Blackpink 'Kpop Idols' paling banyak dicari pengguna Internet setakat Jun 2021

Jungkook dan Lisa masing-masing ungguli senarai Kpop Idols lelaki dan wanita paling popular.

EMPAT ahli kumpulan BTS mengungguli senarai Kpop Idol yang paling banyak dicari menerusi enjin carian Google dari Januari hingga Jun tahun ini.

Jungkook, 24, menjuarai carta tersebut manakala tiga lagi ahli kumpulannya iaitu V, Jimin dan Suga masing-masing berada di kedudukan kedua, ketiga dan keempat senarai tersebut.

Ini merupakan tahun ketiga Jungkook berjaya mengekalkan kedudukannya itu setanding dengan populariti yang diraihnya pada ketika ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu, anggota kumpulan Blackpink, Lisa Manoban, 24, pula berada di kedudukan kelima sekali gus bergelar Kpop Idols wanita paling popular dalam senarai tersebut.

Lisa mengalahkan rakan sekumpulannya iaitu Jennie, Rose dan Jisoo yang menduduki tangga keenam, 10 dan 12 carta berkenaan.

Pengumpulan data yang dikeluarkan Google itu diperolehi dari 1 Januari hingga 28 Jun lalu.

Selain ahli kumpulan BTS dan Blackpink, penyanyi IU, 28, dan ahli kumpulan Astro, Cha Eunwoo, 24, turut tersenarai dalam Top 10 carta tersebut di mana masing-masing berada di kedudukan ketujuh dan kesembilan paling popular dan dicari pengguna Internet seluruh dunia. - Allkpop

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Jungkook, Lisa, Blackpink, BTS, Kpop

Artikel Lain