suria

Jadi kontak rapat pesakit Covid-19, Song Joong Ki jalani kuarantin kendiri walaupun negatif

Song Joong Ki lakukan ujian calitan selepas menjadi kontak rapat pesakit Covid-19.

PELAKON terkenal Song Joong Ki masih menjalani kuarantin kendiri selepas menjadi kontak rapat seorang pesakit Covid-19 sejak Jumaat lalu.

Memetik laporan Soompi, Song Joong Ki mengambil langkah untuk melakukan ujian saringan sebaik sahaja mengetahui bertemu dengan seseorang yang dijangkiti virus itu.

Biarpun dapat menarik nafas lega apabila keputusan ujian tersebut adalah negatif namun pelakon drama siri popular Vincenzo itu tetap mahu menjalani kuarantin mengikut tempoh yang sepatutnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Pada Rabu lalu, Song Joong Ki dimaklumkan bahawa dia adalah kontak rapat seorang pesakit Covid-19. Sebaik sahaja mengetahui perkara itu, dia terus membuat ujian saringan.

"Keputusan ujian itu adalah negatif tapi demi langkah berjaga-jaga, dia tetap menjalani kuarantin kendiri selepas saja keputusan itu keluar.

"Dia mengetahui keputusan itu pada Khamis lalu dan sehingga kini masih kuarantin," kata wakil industri.

Malah agensi pengurusan Song Joong Ki turut mengeluarkan kenyataan memaklumkan bahawa semua aktiviti seni selebriti itu akan disusun semula selepas selesai kuarantin.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain