suria

Baru seminggu dedah wajah teman lelaki, Kwon Mina umum putus... rupa-rupanya kekasih bercinta dengan perempuan lain

Kwon Mina jadi mangsa perdaya oleh kekasihnya.

BARU seminggu mendedahkan sudah ada kekasih, ahli kumpulan AOA iaitu Kwon Mina pada Isnin memberitahu hubungan itu sudah berakhir.

Kwon, menerusi posting di instagram memohon maaf kepada bekas kekasih dan keluarganya yang terkait dalam hubungan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kwon Mina kongsi berita gembira sudah ada kekasih

"Aku ingin mohon maaf kepada bekas kekasih, kawan-kawan dan keluarganya yang terlibat dalam hal ini.

kwon

Video permohonan maaf Kwon Mina di Instagram miliknya.

"Aku mengaku bahawa aku yang salah dalam hal ini, walaupun sebenarnya kata-kata lelaki tersebut semua tipu, " ujarnya.

Kwon berkata, dia menjadi mangsa lelaki buaya darat itu yang sebenarnya sudah mempunyai kekasih.

Dia juga berjanji untuk lebih berhati-hati selepas ini terutama dalam membina sesebuah hubungan.

"Sekiranya dia tidak memberitahu hal sebenar aku takkan tahu dan aku tak akan jumpa dia.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Maafkan aku. Aku tak akan biarkan perkara ini terjadi lagi di kemudian hari," ujarnya.

Dia juga membuat keputusan untuk berehat daripada media sosial buat sementara waktu bagi mengelakkan perkara semakin teruk.

Pada 26 Jun lalu, Kwon Mina berkongsi posting di Instagram memperkenalkan teman lelaki kepada peminatnya. - Allkpop

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Kwon Mina, Putus cinta

Artikel Lain