suria

Kenapa Tony Stark 'unfollow' semua pelakon Marvel?

Robert Downey Jr 'unfollow' semua pelakon Marvel.

PELAKON Hollywood Robert Downey Jr berhenti mengikuti akaun Instagram pelakon Marvel yang lain di Instagram miliknya.

Pelbagai spekulasi yang timbul apabila Robert yang memegang watak Iron Man dalam siri Marvel tidak mengikuti mengikuti pelakon yang lain.

Walaupun wataknya dimatikan dalam episod "Avengers: Endgame" tahun 2019, namun peminat masih menganggap watak Tony Stark masih wujud.

"Saya tidak tahu apa yang berlaku Mr Stark...kenapa unfollow semua pelakon Marvel di Instagram.

"Jadi RDJ telah unfollow semua pelakon Marvel termasuk Chris Evans dan Tom Holland? Wow," antara ciapan peminat di Twitter.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Robert yang mempunyai lebih 50 Juta pengikut di Instagram dan hanya mengikuti 43 orang yang bukan dari kalangan pelakon Marvel.

Dilihat dia menggunakan Instagram miliknya untuk urusan kerja dan berkongsi hobi kesukaannya.

Bagaimanapun, Robert masih mengikuti pelakon Marvel tersebut di Twitter. - CNNEntertainment

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain