suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nia Ramadhani, suami ditahan polis, didakwa ada kaitan dadah

Nia Ramadhani ditangkap polis kerana kes dadah.

DUNIA hiburan Indonesia gempar dengan berita penahanan pelakon popular Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie didakwa berkaitan penyalahgunaan dadah.

Menurut laporan CNN, penangkapan pasangan ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Metro Jaya, Yusri Yunus pada Khamis.

"Saya mengesahkan penahanan sementara kedua-dua mereka iaitu NR dan AB dilakukan di Balai Polis Jakarta Pusat," katanya kepada wartawan apabila ditanya kesahihan berita berkenaan.

Namun sehingga kini, masih belum diketahui secara lanjut kes yang menyebabkan pasangan ini ditahan termasuk berkenaan barang bukti seperti dadah.

"Tengahari ini selepas Zohor, saya akan mengadakan sidang media. Saya akan tunggu teman-teman di sana, " kata Yusri lagi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pihak media kini sedang mendapatkan kenyataan dan menghubungi pembantu peribadi Nia iaitu Tere berkaitan penangkapan terbabit.

Namun sehingga kini, semua pihak terdekat masih mengunci mulut mengenai penahanan tersebut.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain