suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rizky Billar lafaz cerai terhadap Lesti Kejora, peguam dakwa pasangan itu sudah berbaik 

Rizky dikatakan lafaz talak terhadap Lesti ketika dalam keadaan marah.

PELAKON Rizky Billar didakwa sudah melafazkan talak terhadap isterinya iaitu Lestari Kejora ketika pasangan itu bergaduh besar minggu lalu.

Peguam Rizky iaitu Ade Erfil Manurung berkata, lafaz talak satu itu dilakukan anak guamnya secara tidak sengaja ekoran waktu itu pelakon itu dalam keadaan marah.

Bagaimanapun kata Ade, Rizky yang menyesal dengan keterlanjurannya itu mula membuat carian berkaitan lafaz dibuat menerusi internet bagi mengetahui sama ada ia sah atau pun sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Billar tak mengaku pukul Lesti Kejora, kini dalam keadaan tertekan

"Ketika di bilik mandi, Lesti mengamuk dan di situlah Rizky melafazkan talak satu terhadap isterinya.

"Kemudian selepas beberapa jam, Rizky sendiri mencari maklumat tentang lafaz dibuat," katanya.

Dakwa Ade, pasangan itu juga kembali berbaik selepas itu sebelum Lesti membuat laporan polis berhubung keganasan rumah tangga.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain