suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerap hantar bunga dan habis masa bersama, Tom Cruise kejar cinta Shakira

Tom Cruise dalam usaha memikat hati Shakira.

PELAKON Tom Cruise dikatakan sedang berusaha memikat hati Shakira apabila mereka dilihat bersama ketika menyaksikan Fomular Grand Prix di Miami, Amerika Syarikat.

Memetik laporan Daily Mail, aktor berkenaan dikatakan sangat tertarik dengan bekas teman wanita pemain bola sepak, Gerard Pique itu.

"Dia sangat tertarik untuk mengejar (Shakira). Ada daya tarikan di antara mereka.

21414124

Shakira dan Tom dilihat luangkan masa bersama di Fomular Grand Prix di Miami.

"Shakira juga dikatakan memerlukan tempat bersandar dan Tom sangat sesuai buatnya," katanya.

Dalam usaha memikat hati Shakira, Tom juga dikatakan kerap menghantar bunga selain kerap meluangkan masa bersama penyanyi berusia 46 tahun itu.

Lebih menarik lagi hubungan mereka juga direstui peminat memandangkan kedua-dua mereka tidak memiliki pasangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikatakan sudah ada teman lelaki, Shakira bawa diri ke Miami mulakan hidup baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Langgar perjanjian, Shakira halang Gerard Pique jumpa anak

Malah peminat penyanyi itu juga berharap Shakira segera bertemu pengganti selepas Gerard mengumumkan percintaannya bersama Clara Chia Marti.

Untuk rekod, Shakira dan Gerard mula menjalinkan hubungan sejak 2011 dan mereka mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Shasha dan Milan.

Awal April lalu, Shakira membuat keputusan untuk berpindah ke Miami selepas dikatakan bertemu dengan kekasih baharu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia