suria

Beza usia 54 tahun tak halang cinta, Pacino bahagia miliki kekasih jauh lebih muda

Beza umur Al Pacino dan kekasih 53 tahun.

PERBEZAAN usia 54 tahun pelakon Pacino dan kekasihnya, Noor Alfallah tidak menghalang mereka menjalinkan hubungan cinta.

Memetik laporan People, Pacino, 83, dan Alfallah, 29, yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi selepas menjalinkan hubungan sejak April tahun lalu.

pacino - 1

Al Pacino bakal menimang cahaya mata keempat.

Menurut sumber, Pacino bahagia bersama Alfallah biarpun perbezaan umur tidak menjadi isu utama bagi pasangan itu.

"Pacino gembira dengan Alfallah dan diketahui umum bahawa wanita itu bercinta dengan lelaki yang lebih berusia.

ARTIKEL BERKAITAN: Atta Halilintar menggigil gembira Aurel hamil anak kedua, tak percaya Ameena bakal dapat adik

ARTIKEL BERKAITAN: Lindsay Lohan sudah hamil, tak sabar mulakan hidup sebagai ibu

"Namun, itu bukan isu utama bagi mereka," kata sumber.

Dalam pada itu, Alfallah sebelum ini dikatakan pernah dikaitkan dengan vokalis The Rolling Stones iaitu Mick Jagger dan menjadi tajuk utama di dada akhbar apabila gadis berusia 22 tahun bercinta dengan penyanyi 74 tahun.

"Alfallah mempunyai latar keluarga yang terkenal dan selesa berada di sekeliling bintang utama dan orang-orang terkenal," ujarnya.

Untuk rekod, Al Pacino mempunyai seorang cahaya mata perempuan iaitu Julie Marie, 33, hasil perkongsian bersama bekas teman wanita, Jan Tarrant.

Al Pacino juga mempunyai cahaya mata kembar iaitu Anton dan Olivia yang berusia 22 tahun dengan bekas kekasihnya, pelakon Beverly D'Angelo.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain