TIADA angin tiada ribut, pasangan selebriti Korea Selatan, IU dan Lee Jong Suk, dilaporkan sudah berpisah selepas kira-kira empat tahun menjalin hubungan.Menurut sumber terdekat pasangan itu, mereka membuat keputusan untuk menamatkan hubungan tersebut beberapa hari lalu. Walaupun tidak lagi bercinta, IU dan Lee Jong Suk dikatakan masih mengekalkan hubungan yang baik dan terus menghormati antara satu sama lain sebagai rakan sekerja.Jong Suk (kiri) dan IU dikhabarkan berpisah secara baik.Perkara itu turut disahkan oleh wakil kedua-dua agensi pengurusan mereka."Memang benar mereka sudah berpisah, namun mereka kekal sebagai rakan sekerja," kata wakil berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Lee Jong Suk dan IU didakwa sudah berpisah, peminat yakin belum putus hanya khabar anginARTIKEL BERKAITAN: Tajam mata netizen... Lee Jong Suk hadir konsert IU, duduk sekali dengan penontonUntuk rekod, hubungan cinta IU dan Lee Jong Suk mula didedahkan kepada umum pada Disember 2022 selepas kedua-duanya mengakui sedang bercinta.Sejak itu, pasangan tersebut sering menjadi perhatian peminat yang mengikuti perkembangan hubungan mereka dan memberikan sokongan terhadap kisah cinta mereka.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!