suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri hamil 9 bulan dakwa Vicky Prasetyo abai nafkah, terpaksa duduk menyewa dalam bilik sempit

Vicky dikatakan menghilang selepas berkahwin.

NAMA pengacara Vicky Prasetyo kembali menjadi bualan selepas timbul dakwaan dia mengabaikan tanggungjawab terhadap isterinya.

Perkara itu mula menjadi kecoh selepas muncul seorang wanita dikenali sebagai Fangfang yang mendedahkan status dirinya sebagai isteri kepada Vicky dan mendakwa perkahwinan mereka dilakukan secara rahsia.

Fangfang yang kini sedang hamil sembilan bulan memberitahu Vicky sukar dihubungi seolah-olah menghilangkan diri.

"Nak dapatkan duit makan pun saya kena minta. Saya terpaksa mengemis meminta nafkah, sedangkan dia tahu saya tidak bekerja.

Fangfang (kanan) bersama peguamnya mahu menuntut keadilan. 

"Tiada inisiatif untuk memberi sebelum saya minta. Ini anak dia juga," dedah Fangfang dalam satu sidang media bersama peguamnya.

Wanita berkenaan nekad mendapatkan khidmat peguam sebagai salah satu cara untuk menuntut keadilan demi anak yang sedang dikandungnya.

Dikatakan Vicky mula memberi respons selepas Fangfang berjumpa beberapa rakan artis bagi menceritakan masalah yang dihadapi antara mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu pengakuan nikah 24 kali, pengacara Vicky Prasetyo dihubungi pejabat agama 

ARTIKEL BERKAITAN: Empat kali kahwin cerai, Kalina Oktaranny beri sebab berpisah dengan pelakon Vicky Prasetyo selepas 9 bulan nikah

Fangfang juga memberitahu sepanjang tempoh kehamilan, dia terpaksa tinggal di sebuah bilik sewa yang sempit kerana masalah kewangan.

Bercerita lanjut, Fangfang menjelaskan dia mula mengenali Vicky menerusi media sosial dan pernikahan mereka turut disaksikan oleh keluarga pengacara itu.

"Perkenalan kami bermula menerusi DM (direct message) di Instagram sebelum beralih ke WhatsApp dan akhirnya bertemu.

"Saya mahu menjalinkan hubungan kerana dia berjanji memberikan sesuatu yang saya tidak dapat dalam perkahwinan terdahulu. Tetapi sehingga sekarang janji itu masih belum ditunaikan," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain