suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan sangka artis hidup mewah, Hyebin dedah sistem ‘postpaid’

Hyebin kongsi realiti sebenar bergelar artis.

PENYANYI Hyebin secara terbuka mendedahkan realiti sebenar sistem pembayaran gaji bagi seorang artis yang sebelum ini disangka menerima pendapatan lumayan.

Menurut Hyebin yang juga bekas ketua kumpulan Momoland, tidak semua artis mampu hidup mewah pada awal kemunculan dalam dunia seni kerana terpaksa menanggung 'hutang' yang besar.

Berkongsi pengalamannya, dia memberitahu mereka perlu membayar semula wang yang dilaburkan oleh syarikat pengurusan sejak mula menjalani latihan.

Momoland berjaya meraih populariti di awal kemunculan. 

"Secara mudahnya, ia seperti sistem bayaran balik. Apabila muncul sebagai artis, anda menanggung hutang mencecah ratusan juta won.

"Ramai menyangka artis menjana pendapatan yang baik sejak awal kemunculan, namun hakikatnya anda hanya akan memperoleh pendapatan jika benar-benar popular," katanya.

Tambah Hyebin, setiap anggota kumpulan juga perlu mengeluarkan belanja sendiri bagi menghasilkan lagu baharu, termasuk kos pembikinan muzik video.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi buat majlis selepas 14 tahun berkahwin, tunai janji kepada isteri 

ARTIKEL BERKAITAN: Jimin BTS henti konsert ekoran peminat hampir rebah

Malah, kos sesi fotografi termasuk bayaran jurusolek juga sebahagiannya ditanggung oleh artis.

Bukan itu sahaja, Hyebin turut memberitahu hasil pendapatan daripada penglibatan mereka dalam iklan dan kemunculan di pelbagai acara juga perlu dibahagikan dengan syarikat pengurusan.

Lebih menyedihkan, baki pendapatan itu kemudiannya dibahagikan sama rata antara setiap anggota dan mereka hanya menerima kira-kira RM5,000 seorang daripada bayaran keseluruhan RM130,000 bagi setiap kemunculan di sesuatu acara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain