PELAKON China, Guo Yu Xin menjadi tumpuan selepas satu rakaman suara yang didakwa miliknya menyindir rakan seindustri, Zhou Ye tersebar di media sosial.Menerusi audio itu, Yu Xin dikatakan mempersoalkan tentang status populariti antara mereka berdua dengan nada yang sinis. “Siapa sebenarnya yang menumpang populariti siapa?” kata individu dalam rakaman berkenaan.Yu Xin (kiri) dan Zhou Ye (kanan).Kenyataan tersebut dikatakan berlaku selepas kedua-dua mereka mendapat perhatian umum susulan kontroversi yang berlaku sebelum ini. Kedua-dua mereka pernah mencuri perhatian warga maya apabila dikesan mengenakan busana yang hampir sama sehingga mencetuskan pelbagai perbandingan .Ada yang menuduh salah seorang daripada mereka sengaja meniru gaya pemakaian manakala sebahagian lagi berdebat tentang siapa yang mendapat lebih banyak publisiti daripada perhatian tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Maia Estianty terkejut berat badan naik 3kgARTIKEL BERKAITAN: Wang Leehom terima 39 jahitan, jatuh ketika konsertBagaimanapun, kebanyakan netizen berpendapat Yu Xin yang memperoleh kelebihan memandangkan Zhou Ye merupakan pelakon gred A yang sudah mempunyai nama besar.Selepas rakaman audio tersebut tular, pelbagai reaksi mula muncul dalam kalangan netizen yang rata-ratanya berasa kurang senang dengan sikap individu di dalam audio terbabit.Sehingga kini, kedua-dua pihak sama ada Yu Xin mahupun Zhou Ye memilih untuk mengunci mulut dan belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu rakaman suara itu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!