TANPA berselindung, penyanyi asal Indonesia, Givri Taj, memberitahu dia menjalani pembedahan plastik dengan membuang lemak pada bahagian perut bagi mendapatkan bentuk tubuh yang lebih cantik.Menurut Givri, prosedur tersebut dilakukan selepas dia menyedari perubahan pada bentuk tubuhnya selepas melahirkan anak. "Saya menjalani pembedahan membuang lebihan kulit pada bahagian perut. Kulit itu dipotong dan dijahit semula supaya hasilnya lebih rata dan tegang.Givri hanya mahu perbaiki sebahagian wajah asalnya."Lemak yang disedut itu dipindahkan ke bahagian punggung dan payudara untuk memberikan bentuk yang lebih berisi dan seimbang."Saya lakukan semua ini untuk memperbaiki penampilan supaya kembali cantik," katanya.Givri menjalani pembedahan tersebut di sebuah pusat rawatan kecantikan di Vietnam.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hamil 9 bulan dakwa Vicky Prasetyo abai nafkah, terpaksa duduk menyewa dalam bilik sempitARTIKEL BERKAITAN: Rakaman suara pelakon popular sindir rakan artis tersebarDia juga sebelum ini pernah menjalani pembedahan kosmetik pada wajah dan tidak menolak untuk mengulangi prosedur sama pada masa akan datang."Saya menjalani pembedahan kelopak mata kerana kedudukan kelopak mata kiri dan kanan tidak sama tinggi. Buat masa ini, pembedahan yang saya pilih hanyalah untuk memperbaiki, bukan mengubah wajah."Saya tidak menolak kemungkinan suatu hari nanti akan menjalani pembedahan pada hidung atau bahagian wajah lain yang boleh mengubah penampilan," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!