suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Heechul mohon maaf kepada bekas kekasih dalam program TV

Tindakan Heechul dipuji peminat.

ANGGOTA kumpulan Super Junior iaitu Kim Heechul, mencuri perhatian apabila memohon maaf secara terbuka kepada bekas kekasihnya ketika muncul dalam sebuah program televisyen.

Momen itu berlaku ketika Heechul menjadi panel dalam rancangan Love War, yang membincangkan kisah pasangan bercinta dengan personaliti yang saling bertentangan.

Dalam episod tersebut, membincangkan mengenai pasangan lelaki dilihat tidak menunjukkan sebarang keterujaan apabila teman wanitanya bertanya mengenai percutian mereka yang bakal tiba.

Heechul segera tunduk dan mohon maaf secara terbuka.

Melihat situasi itu, penyanyi Lee Hyori yang turut menjadi panel mengakui dia sukar memahami sikap lelaki berkenaan kerana kebanyakan orang lazimnya berkongsi rasa teruja sebelum bercuti.

Heechul kemudian mengakui dia pernah bersikap sama seperti watak lelaki dalam kisah tersebut.

"Saya rasa seperti sedang melihat diri sendiri. Ia membuatkan saya banyak bermuhasabah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hilang ketinggian 9cm, Kim Hee Chul alami cacat kekal akibat kemalangan

ARTIKEL BERKAITAN: Masalah kesihatan punca Heechul (Super Junior) tarik diri

Mendengar pengakuan itu, Lee Hyori secara berseloroh meminta Heechul segera memohon maaf kepada bekas teman wanitanya.

Tanpa berlengah, penyanyi berusia 42 tahun itu terus berdiri dan meminta maaf kepada bekas kekasihnya tanpa mendedahkan identiti wanita berkenaan.

"Maafkan saya. Awak sihat? Saya benar-benar minta maaf," ujarnya.

Tindakannya yang spontan itu mengundang gelak tawa panel dan penonton di studio, selain menerima pelbagai reaksi daripada peminat yang menyifatkan Heechul semakin matang apabila mengakui kesilapan dalam hubungan cintanya sebelum ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berikut

Artikel Lain