suria

Masalah kesihatan punca Heechul (Super Junior) tarik diri

Heechul menarik diri daripada sebarang aktiviti promosi album terbaharu Super Junior kerana mengalami masalah kesihatan.

ANGGOTA Super Junior, Heechul mendedahkan dia tidak akan menyertai sebarang aktiviti promosi album terbaharu kumpulan itu.

Heechul memberitahu walaupun keputusan itu sukar dibuat namun buat masa ini dia mahu memberi fokus kepada masalah kesihatan yang sedang dihadapinya.

Penyanyi itu membuat pengumuman berkenaan menerusi video secara langsung di laman sosial Weibo berikutan ketiadaannya ketika Super Junior ke Macau untuk merakamkan muzik video lagu terbaharu.

Super Junior.

"Saya tidak ke Macau kerana saya tidak rasa dapat menyertai untuk sebarang aktiviti promosi album baru kami.

"Saya sudah berfikir semasak-masaknya... Buat masa ini saya perlu memberi keutamaan pada kesihatan saya," katanya seperti dilaporkan Koreaboo.

Heechul sebelum ini pernah mengalami kecederaan pada bahagian kakinya.

Heechul, Super Junior

Artikel Lain