suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lagu BTS didakwa langgar hak cipta, HYBE berdepan saman

Lagu Swim nyanyian BTS didakwa melanggar hak cipta.

LAGU Swim daripada album kelima BTS, Arirang, menjadi perhatian selepas didakwa melanggar hak cipta sehingga mencetuskan tindakan undang-undang di Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan Billboard dan Music Business Worldwide (MBW) pada 9 Julai, tiga penulis lagu iaitu Steve Cooper, Jon Sandler dan Graylin Johnson memfailkan saman terhadap HYBE, HYBE America, BigHit Music dan beberapa individu yang terbabit dalam penghasilan lagu Swim.

Plaintif mendakwa lagu berkenaan menggunakan elemen penting daripada sebuah lagu demo yang mereka hasilkan tanpa kebenaran. Menurut mereka, demo itu mula dihasilkan pada awal 2025 sebelum siap dirakam pada Mac tahun yang sama.

BTS baharu saja melancarkan album Arirang pada Mac lalu.

Mereka berkata demo tersebut kemudiannya dikongsi dengan beberapa pihak dalam industri muzik, termasuk wakil Artist Publishing Group (APG), menerusi platform perkongsian muzik DISCO. Plaintif percaya terdapat kemungkinan demo itu disalurkan kepada individu yang terbabit dalam penghasilan Swim.

Antara defendan yang dinamakan ialah HYBE, HYBE America, BigHit Music dan penulis bersama lagu itu, Derek Milano, James Essien dan Ryan Tedder.

Bagaimanapun, kesemua anggota BTS tidak dinamakan sebagai defendan. RM yang turut terbabit dalam penulisan lirik serta penerbit Pdogg juga tidak disenaraikan dalam saman berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: BTS tawar 7 kerja kosong

ARTIKEL BERKAITAN: Jimin BTS henti konsert ekoran peminat hampir rebah

Menerusi saman itu, plaintif memohon mahkamah menghalang sebarang eksploitasi lanjut terhadap Swim, selain menuntut ganti rugi serta keuntungan yang diperoleh daripada lagu tersebut.

Sebagai alternatif, mereka turut memohon diiktiraf sebagai penulis bersama lagu itu dan diberikan bahagian daripada royalti hak cipta.

Sementara itu, BigHit Music menafikan semua dakwaan yang dikemukakan dalam saman tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

BN menang besar PRN Johor