PENGACARA Vicky Prasetyo tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan dia mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah kepada isterinya yang dikenali sebagai Fangfang.Menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, Vicky, 42, menunjukkan bukti dia melakukan pemindahan wang bulanan kepada Fangfang, termasuk duit sara hidup untuk keluarga isterinya itu. "Saya masih kirim nafkah tiga hari sebelum dia menangis mendakwa ditinggalkan. Setiap bulan saya berikan duit untuk ibunya dan anak-anak daripada perkahwinan sebelumnya.Vicky menunjukkan bukti mesej Fangfang di media sosial. "Nafkah tidak perlu dipertontonkan, sama ada besar atau kecil," katanya.Dalam masa sama, dia turut menyindir tindakan Fangfang yang secara terbuka berkongsi kisah rumah tangga mereka kepada umum.Baginya, isu dalam perkahwinan harus diselesaikan secara baik antara mereka.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hamil 9 bulan dakwa Vicky Prasetyo abai nafkah, terpaksa duduk menyewa dalam bilik sempit ARTIKEL BERKAITAN: Empat kali kahwin cerai, Kalina Oktaranny beri sebab berpisah dengan pelakon Vicky Prasetyo selepas 9 bulan nikah"Seharusnya telefon suami, bukan 'roadshow' ke podcast dan media televisyen."Jika mahu terkenal dan terjun ke industri hiburan, harus ada kemampuan dan bukan sekadar pijak kepala orang yang telah memberi awak makan," tegasnya.Fangfang (kanan) tampil bersama peguam dakwa Vicky abai tanggungjawab. Nama Vicky sebelum ini menjadi tumpuan selepas Fangfang mendedahkan suaminya mengabaikan tanggungjawab dalam keadaan dirinya sedang hamil sembilan bulan.Fangfang dan Vicky mula berkenalan di media sosial sebelum bernikah secara rahsia.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!