SYARIKAT rakaman yang menguruskan BTS, Big Hit Music mengumumkan tujuh peluang pekerjaan baharu bagi memperkukuhkan sokongan terhadap aktiviti kumpulan popular itu.Menerusi sebuah perkongsian di X, antara jawatan ditawarkan termasuk Pegawai Pemasaran Artis (strategi album dan jenama), Pengurus Projek Produksi, pasukan produksi kandungan persembahan langsung dan perancang kandungan fotografi. Turut dibuka ialah jawatan berkaitan persembahan pameran artis, pengarah gaya (style directing) serta pereka bentuk identiti jenama (BX Design).Antara jawatan kerja yang ditawarkan.Kesemua jawatan ditawarkan secara sepenuh masa dan berpangkalan di Yongsan, Seoul, Korea Selatan.Syarat kelayakan berbeza mengikut jawatan dengan beberapa posisi memerlukan pengalaman lebih tujuh tahun, manakala yang lain terbuka kepada calon berpengalaman lebih rendah.Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata peminat berpendapat kriteria ditetapkan lebih sesuai untuk golongan profesional muda yang kreatif dan inovatif.ARTIKEL BERKAITAN: Melampau! Harga hotel naik mendadak sempena konsert BTS, kerajaan Korea Selatan terpaksa campur tanganARTIKEL BERKAITAN: BTS sekali lagi rangkul anugerah ‘Artist Of The Year’ di AMA 2026Selain teruja dengan peluang bekerja bersama BTS, ramai berharap pengambilan kakitangan baharu ini akan membawa perubahan positif kepada kumpulan tersebut pada masa hadapan."Siapa pun yang diambil bekerja, mereka (syarikat rakaman) perlu benar-benar menilai dan menyaring calon tersebut dengan teliti. "Nampaknya Big Hit sedang mencari individu yang inovatif dan mampu menyesuaikan diri dengan trend semasa," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!