suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jun Hyosung ‘direhatkan’ pengurusan tanpa rela

Hyosung tidak pernah padam minat menyanyi.

PENYANYI Jun Hyosung membuat pendedahan yang mengejutkan ramai peminat mengenai punca dia mengambil tempoh rehat daripada kerjaya seni sebelum ini.

Menurut Hyosung, 39, keputusan tersebut dibuat bukan atas kehendaknya sendiri.

Hyosung mahu kembali aktif menyanyi 

"Ada sedikit masalah yang berlaku dengan syarikat pengurusan, jadi akhirnya saya berehat tanpa rela.

"Ketika itu, apa lagi yang boleh saya lakukan selain tidak terus terlibat dalam dunia hiburan?" katanya dalam satu temu bual.

Tambah anggota kumpulan Secret itu, sepanjang tempoh rehat, dia banyak menghabiskan masa untuk diri sendiri selain memberi fokus kepada keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai baju longgar, selalu pegang perut... Peminat dakwa Ailee hamil 

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan sekolah dedah gambar Jungkook gaya rambut menutup mata

Biarpun begitu, minatnya dalam bidang nyanyian tidak pernah padam dan dia bakal tampil semula bersama dua anggota Secret menerusi album baharu selepas 12 tahun.

"Sejak dua tahun kebelakangan ini, saya benar-benar berasa mahu menyanyi semula. Sekarang saya sudah bersedia untuk kembali membuat persembahan di pentas," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain