PENYANYI rap, Mystikal dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun selepas mengaku bersalah merogol seorang wanita di Louisiana, Amerika Syarikat pada 2022.Menurut The New York Times, Mystikal atau nama sebenarnya Michael Lawrence Tyler mengaku bersalah terhadap pertuduhan rogol darjah ketiga pada Mac lalu. Pengakuan itu dibuat menerusi perjanjian yang menyaksikan pertuduhan asal rogol darjah pertama dikurangkan.Mystikal mengaku bersalah atas kesalahan rogol yang dilakukan pada 2022.Sebelum prosiding hukuman, penyanyi berusia 54 tahun itu dilaporkan cuba menarik balik pengakuan bersalahnya.Dia mendakwa tidak mempunyai masa mencukupi untuk memahami sepenuhnya implikasi keputusan tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Selebriti lelaki ini akhirnya buka mulut mengenai dakwaan kes rogol pelajar 16 tahunARTIKEL BERKAITAN: Kimberly Wyatt kongsi kisah hitam, hampir jadi mangsa rogolKetika prosiding, mangsa mendakwa dia dipukul, dicekik, rambutnya ditarik dan dirogol secara paksa di kediaman Mystikal di Prairieville, Louisiana.Ini bukan kali pertama Mystikal berdepan kesalahan seksual apabila pernah dipenjarakan selama enam tahun pada 2003 selepas mengaku bersalah dalam satu kes serangan seksual.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!