suria

Kimberly Wyatt kongsi kisah hitam, hampir jadi mangsa rogol

Kimberly berjaya lalui traumanya dengan tenang.

ANGGOTA Pussycat Dolls, Kimberly Wyatt mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa penderaan seksual pada usia tiga tahun.

Menurut Kimberly, pengalaman hitam itu disifatkan sebagai sesuatu yang memberi kesan mendalam terhadap kehidupan peribadinya. 

Malah pada usia 17 tahun dia juga hampir menjadi mangsa rogol semasa bekerja di sebuah kapal persiaran.

Tarian menjadi pengubat luka Kimberly.

“Trauma itu membuatkan saya menjadi seorang yang sangat pendiam, kurang yakin diri dan berasa tidak selamat,” katanya memetik The Sun.

Tambahnya, pengalaman pahit itu turut menyukarkan dia untuk bergaul dan sering berasa tidak selesa dengan dirinya sendiri ketika meningkat dewasa.

Namun, Kimberly berkata tarian menjadi titik perubahan dalam hidupnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: The Pussycat Dolls kenang insiden disekat di Malaysia kerana berpakaian seksi

ARTIKEL BERKAITAN: Nicole Scherzinger keluar Pussycat Dolls?

Melalui tarian, dia menemui cara untuk mengekspresikan diri selain melihat dunia dengan perspektif lebih luas dan membantu proses penyembuhan emosinya.

Malah Kimberly kini tidak malu untuk berkongsi kisah yang dilalui untuk meningkatkan kesedaran masyarakat serta memberi semangat kepada mangsa lain supaya tampil mendapatkan bantuan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain