PELAKON Marshanda mengundang pelbagai reaksi netizen selepas tampil bersuara secara terbuka mengenai keputusan anak perempuannya, Sienna Ameerah Kasyafani yang kini tidak lagi bertudung.Marshanda atau Andriani Marshanda, 37, berkata dia memilih untuk menghormati proses kehidupan yang sedang dilalui anaknya tanpa sebarang paksaan. “Saya menghormati proses Sienna sekarang, sama seperti saya menghormati prosesnya sebelum ini.“Saya menerima, meraikan dan menyayangi anak saya dengan segala kelebihan dan kekurangannya,” katanya.Imej baru anak Marshanda undang perhatian netizen.Menerusi hantaran di media sosial, Marshanda percaya setiap individu berhak melalui perjalanan hidup masing-masing, termasuk dalam soal pegangan dan pemahaman diri.“Semua kembali kepada kemampuan masing-masing untuk menghormati hak asasi manusia. Bagi saya, mereka yang benar-benar mengamalkan ajaran agama tidak akan mudah menghukum atau menentukan siapa betul atau salah,” ujarnya.Dalam pada itu, Marshanda menegaskan sebagai ibu dia tidak mahu anaknya membuat keputusan semata-mata untuk memenuhi kehendak orang lain termasuk ibu bapa.“Sebagai orang tua, tugas kita adalah menjadi versi terbaik diri. Jangan sampai anak memilih jalan hidup hanya untuk menyenangkan ibu atau ayah.ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu sedih selepas tunang meninggal dunia, Marshanda terfikir nak hilangkan diri...Mahu jual semua identitiARTIKEL BERKAITAN: Harap bertemu arwah bapa dalam mimpi, Marshanda hanya mahu ucap 'selamat tinggal'“Doa saya agar Sienna membesar dengan mengenali dirinya yang sebenar dan mampu hidup selaras dengan kata hatinya,” jelasnya.Bagaimanapun, kenyataan tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mempertikaikan pendirian pelakon berkenaan, khususnya melibatkan isu kewajipan menutup aurat dalam Islam.Malah, ada yang meluahkan rasa sedih selain mengingatkan bahawa menutup aurat adalah tuntutan agama, manakala segelintir mempersoalkan maksud kenyataannya berkaitan prinsip kebebasan beragama yang disebut pelakon itu.“Saya tidak mendukung pilihan untuk menjadi sesat. Semoga Allah menjaga iman kita semua sampai akhir hayat.“Menutup rambut itu wajib kerana perintah dalam al-Quran. Sedih melihat ramai wanita Muslim akhirnya membuka tudung,” komen netizen.Walaupun menerima kritikan, Marshanda tetap dengan pendiriannya untuk menyokong anaknya dengan penuh kasih sayang sebagai seorang ibu, selain berharap keimanan sentiasa terpelihara.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube