suria

Hormati proses undang-undang, Lee Soo Kyung lupakan hasrat miliki cahaya mata

Status Soo Kyung menyukarkan dia membuat perancangan memiliki cahaya mata.

PELAKON Korea Selatan, Lee Soo Kyung terpaksa melupakan hasrat untuk memiliki cahaya mata disebabkan statusnya yang masih belum berkahwin.

Menurut Soo Kyung, 44, meskipun pernah terfikir untuk mengambil anak angkat, namun undang-undang di Korea Selatan tidak membenarkan perkara tersebut bagi individu bujang.

Malah, dia juga tidak dapat melakukan kaedah hamil secara tabung uji atas alasan yang sama.

Soo Kyung impi miliki cahaya mata sendiri. 

"Saya tertarik dengan kaedah membekukan telur dan terfikir mahu melakukannya. Namun di Korea Selatan, ia tidak dibenarkan sebelum berkahwin.

"Anda memerlukan suami untuk melakukan kaedah persenyawaan. Mengambil anak angkat juga memerlukan individu berkeluarga," ujarnya.

Menurut undang-undang keluarga di Korea Selatan, proses pengambilan anak angkat diperketatkan bagi individu bujang dan kaedah membekukan telur tidak dibenarkan bagi mereka yang belum berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Jennie Blackpink didakwa tak tunjuk wajah penuh ketika pemeriksaan di lapangan terbang, netizen persoal boleh lepas sebab selebriti? 

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan beri cadangan bekukan sperma, Jay Park tersipu malu diusik belum kahwin

Tambah Soo Kyung, sebagai seorang wanita yang semakin meningkat usia dan bekerja, dia mampu memberikan kasih sayang serta kebajikan terbaik buat anaknya.

"Jika saya mampu memberikan kasih sayang, ia bukanlah satu perkara buruk untuk anak itu.

"Namun dalam situasi saya, ia tidak dibenarkan oleh undang-undang," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain