ANGGOTA kumpulan Twice iaitu Sana berdepan detik kurang menyenangkan apabila busana yang dipakainya ketika menghadiri sebuah acara dilaporkan sedikit terbuka secara tidak sengaja hingga mencuri perhatian ramai.Ketika kejadian, Sana tampil anggun mengenakan gaun bunga tanpa bahu (floral tube dress) ketika sesi bergambar di acara berkenaan. Bagaimanapun, bahagian hadapan pakaian tersebut didakwa terbuka sedikit tanpa disedari, sekali gus menampakkan pakaian dalam yang dipakai.Sana bersama anggota Twice di sebuah acara.Insiden itu kemudiannya tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ada yang menganggap ia sekadar isu teknikal pada rekaan pakaian, namun ada juga yang menganggap ia kurang sesuai untuk acara umum.Enggan isu tersebut terus diperkatakan, Sana tampil memberi penjelasan kepada peminat dengan memaklumkan bahawa tiada sebarang masalah berlaku semasa sesi mencuba pakaian.ARTIKEL BERKAITAN: Sana Twice bukan kekasih G-Dragon, ada sebab lambat beri penjelasan sebenarARTIKEL BERKAITAN: Disahkan negatif Covid-19, Sana Twice tetap ambil langkah berjaga-jaga kuarantin diriNamun, disebabkan kesibukan sebelum acara bermula, dia tidak sempat melakukan semakan terakhir di cermin sebelum melangkah ke sesi bergambar.“Saya hanya sedar selepas masuk ke bilik menunggu bahawa ia dirakam dalam keadaan bahagian itu terbuka,” katanya.Sana turut meluahkan rasa kesal atas insiden berkenaan dan memohon maaf kerana tidak dapat mempersembahkan busana tersebut seperti yang dirancang.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!