suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat terkejut hasrat Young Wook bintangi pornografi Jepun

Young Wook bebas daripada penjara pada 2015.

BEKAS ahli kumpulan Roo'Ra iaitu Ko Young Wook meluahkan hasrat ingin bekerja sebagai pelakon video dewasa (pornografi) di Jepun.

Menurut Young Wook, dia mengalami kesukaran untuk mencari kerja di Korea Selatan memandangkan pernah menjalani hukuman penjara kerana menyerang kanak-kanak di bawah umur.

"Saya mahu hidup bahagia dengan membuat orang lain ketawa, tapi nampaknya sukar mencari pekerjaan di Korea.

Young Wook sebelum memohon maaf secara terbuka atas kesalahannya.

"Saya rasa saya ternampak peluang di Jepun yang terdapat kekurangan pelakon filem dewasa. Di sana ia dibenarkan secara sah," kongsinya di media sosial.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi peminatnya yang rata-rata terkejut dengan kenyataan tersebut.

Untuk rekod, Young Wook terlibat dengan tiga kes serangan seksual melibatkan kanak-kanak di bawah umur sekitar 2010 dan 2012.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon didakwa lakukan gangguan terhadap remaja bawah umur, tak serik berkali-kali hubungi mangsa

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pelakon kanak-kanak Korea dedah penindasan industri lakonan

Dia bagaimanapun dijatuhkan hukuman penjara dua tahun enam bulan selain terpaksa menggunakan pengesan lokasi melalui gelang kaki elektronik selama tiga tahun.

Namun pada Julai 2015, dia dibebaskan namun menerima kecaman hebat daripada orang ramai dan muncul dengan saluran YouTube pada 2024 sebelum ia ditutup oleh pihak YouTube.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain