PENGACARA asal Indonesia, Anwar BAB, meluahkan rasa kesal terhadap diri sendiri kerana pernah mengamalkan gaya hidup mewah sehingga sanggup berbelanja ratusan ribu ringgit untuk membeli beg tangan.Menganggap ia satu gaya hidup yang tidak baik, Anwar, 33, juga memberitahu wang yang dibelanjakan itu seharusnya digunakan sebagai pelaburan untuk membeli aset. "Bukan mahu bangga diri, tetapi beg tangan termahal pernah saya beli berharga Rp600 juta (kira-kira RM135,000).Anwar mengakui pernah terleka sehingga sanggup berbelanja besar. "Cuma sekarang saya fikir wang tersebut boleh digunakan untuk beli rumah. Maaf kerana terlalu membodohkan diri sendiri," katanya.Anwar juga mendedahkan dia memiliki pelbagai koleksi beg tangan jenama mewah yang dibeli menggunakan wang hasil kerjaya seni.ARTIKEL BERKAITAN: “Nafkah bukan tontonan umum” - Vicky Prasetyo sindir isteri tuduhnya abai tanggungjawab ARTIKEL BERKAITAN: Elly Sugigi tolak tiga tawaran bedah plastik di Korea SelatanMenurutnya, kesedaran mula timbul selepas ibunya sendiri menegur kerana terlalu banyak beg yang disimpan."Ibu saya selalu membebel ketika mengemas rumah. Katanya saya ada banyak beg tangan tetapi tak pakai sampai berhabuk."Sekarang ini saya bukan lagi mencari barangan mewah, lebih kepada melihat fungsi," jelasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!