suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jessie J umum berpisah dengan teman lelaki, kekal bersahabat demi anak

Jessie (kanan) dan bekas kekasih akan tetap menjaga anak mereka bersama-sama.

PENYANYI Jessie J mengesahkan hubungan cintanya dengan kekasih, Chanan Colman telah berakhir selepas tiga tahun bersama.

Jessie, 38, memaklumkan perkara itu menerusi Instagram miliknya dan menyifatkan perpisahan tersebut sebagai sesuatu yang menyedihkan dan sukar untuk dilalui.

Bagaimanapun, kata Jessie keputusan itu diuruskan secara tertutup demi menjaga kesejahteraan anak lelaki mereka, Sky.

Jessie memaklumkan hubungannya dengan Chanan sudah berakhir.

Menurut pelantun lagu Price Tag itu, fokus utama mereka kini adalah mewujudkan suasana keibubapaan bersama yang sihat dan positif.

Jessie menjelaskan kenyataan tersebut dibuat bagi mengelakkan timbulnya khabar angin serta spekulasi mengenai hubungan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada degupan jantung ketika 'check up' kali ketiga, Jessie J sedih disahkan keguguran

ARTIKEL BERKAITAN: Pengakuan sedih Jessie J selepas pembedahan kanser payudara... "Ada hari yang sukar tapi bertahan untuk terus hidup"

"Meskipun hubungan kami sudah berakhir, kami akan terus saling menyokong dengan kasih sayang dan rasa hormat sebagai sahabat, di samping menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada Sky," katanya.

Sebelum ini, Jessie pernah menyifatkan Chanan sebagai individu yang membawa ketenangan dalam hidupnya, terutama selepas kelahiran anak mereka pada Mei 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain