suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bintang muda 'Godzilla' Kaylee Hottle meninggal dunia nahas jalan raya

Kaylee Hottle meinggal dunia.

PELAKON Kaylee Hottle disahkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Frederick, Maryland, Amerika Syarikat, pada Rabu. 

Ketika kemalangan, Hottle, 18, yang membintangi filem Godzilla vs Kong dan sekuelnya, Godzilla x Kong: The New Empire, dilaporkan menaiki sebuah kenderaan jenis Honda Accord bersama seorang lagi penumpang remaja lelaki berusia 19 tahun.

Kenderaan berkenaan dilaporkan hilang kawalan dan terbabas dari jalan raya sebelum merempuh pembetung di tepi jalan. 

Hottle meninggal kerana kemalangan jalan raya. 

"Pemanduan pada kelajuan tinggi dipercayai menjadi antara faktor utama yang menyumbang kepada kemalangan ngeri itu," kata pihak polis.

Hottle dikejarkan ke hospital berdekatan sejurus kejadian, namun jantungnya dilaporkan terhenti sewaktu dalam perjalanan dan disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.  

Dalam masa sama, berita pemergian Hottle turut disahkan sendiri oleh bapanya, Joshua Hottle, menerusi satu hantaran video menggunakan bahasa isyarat Amerika yang dimuat naik di laman Facebook miliknya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Pemain dram Meditasi meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Juara All Together Now Malaysia, Idris Brown meninggal dunia

Untuk rekod, Kaylee dikenali kerana memainkan watak Jia dalam filem ditayangkan pada 2021, Godzilla vs Kong. 

Watak itu ialah seorang anak yatim pekak yang membentuk ikatan dengan Kong.

Hottle juga muncul dalam sekuel Godzilla x Kong: The New Empire, yang dikeluarkan pada 2024 sehingga dicalonkan sebagai pelakon muda terbaik di Anugerah Saturn.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain