suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PO dilanggar ketika bercuti, cedera di lengan dan lutut

PO dilanggar semasa melintas jalan.

PELAKON dan penyanyi rap kumpulan Block B, iaitu PO dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika bercuti di Pulau Jeju, Korea Selatan.

Pihak pengurusannya mengesahkan PO atau nama sebenarnya Pyo Ji-hoon, 33, dilanggar sebuah kereta ketika sedang melintas jalan.

Akibat kejadian itu, dia mengalami kecederaan pada bahagian lengan dan lutut sebelum dibawa ke sebuah pusat perubatan bagi mendapatkan rawatan.

PO tidak mengalami kecederaan serius.

"PO baru-baru ini terlibat dalam kemalangan ketika bercuti bersama rakan-rakannya di Pulau Jeju. Bagaimanapun, dia tidak mengalami kecederaan serius.

"Selepas berehat secukupnya, dia akan kembali menjalani penggambaran seperti yang dijadualkan pada minggu hadapan," kata wakil pihak pengurusan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Ailee bengang isteri dituduh hamil gara-gara berat badan naik

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi rap sah bercerai selepas 10 tahun kahwin

Sementara itu, polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Menurut laporan awal, pihak berkuasa percaya pemandu terbabit tidak memandu di bawah pengaruh alkohol dan tidak melanggar lampu isyarat merah secara sengaja.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain