suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon filem ‘Black Panther’, Chadwick Boseman meninggal dunia akibat kanser kolon

Chadwick disahkan menghidap kanser kolon sejak empat tahun lalu.

PELAKON filem Black Panther, Chadwick Boseman meninggal dunia pada usia 43 tahun akibat kanser kolon di Los Angeles, California, Amerika Syarikat, pada Jumaat.

Menurut jurucakap Chadwick iaitu Nicki Fioravante, aktor itu meninggal dunia di kediamannya di samping isteri dan ahli keluarga.

Menerusi sebuah kenyataan yang dikeluarkan ahli keluarganya, Chadwick disahkan menghidap kanser kolon sejak empat tahun lalu.

"Seorang pejuang sejati, Chadwick bertahan mengharungi semua ini dan telah melakonkan banyak filem yang menjadi kesukaan anda.

"Dari Marshall hingga Da 5 Bloods, Ma Rainey Black Bottom dan banyak lagi... semuanya difilemkan di antara kemoterapi dan pembedahan yang dijalani. Ia satu penghargaan dalam kariernya untuk membawakan watak King T'Challa dalam Black Panther," ujar keluarga Chadwick.

Sebelum ini, Chadwick tidak pernah bersuara tentang penyakit yang dihidapi secara terbuka.

Sumber: AP News

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain