suria

Angelina Jolie bimbang percintaan bekas suami dengan kekasih baharu beri kesan kepada anak-anak

Angelina tidak lagi menyimpan perasaan terhadap Brad.

PELAKON Brad Pitt kini dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan model terkenal dari Jerman iaitu Nicole Poturalski selepas foto mesra mereka tersebar di laman sosial.

Memetik laporan Hollywoodlife, sumber terdekat mendedahkan bekas isteri Brad iaitu pelakon Angelina Jolie berasa bimbang jika percintaan bekas suami dan model itu akan memberi kesan kepada anak-anak.

"Angelina mengambil berat mengenai siapa wanita yang menjalinkan hubungan cinta dengan Brad jika ia akan memberi kesan kepada anak-anak mereka.

"Tapi dia tidak berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kehidupan cinta Brad. Dia sudah lama tidak menyimpan perasaan cinta terhadap Brad sehingga ke tahap itu bukan masalahnya," katanya.

Brad Pitt dan Angelina Jolie merupakan antara pasangan popular Hollywood selama 12 tahun dan mengambil keputusan bercerai pada 2016.

Mereka memiliki tiga anak kandung dan mengambil tiga anak angkat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain