suria

Netizen kagum wajah V (BTS) tak banyak perubahan, memang kacak sejak kecil!

Wajah V tidak banyak berubah sejak kecil.

RATA-RATA peminat ahli kumpulan Kpop terkenal BTS iaitu V teruja melihat perubahan pada wajah penyanyi itu dari kecil sehingga dewasa.

Anggota kumpulan BTS itu dikenali dengan paras rupa yang dikatakan luar biasa dengan sepasang mata besar dan rupanya yang seperti remaja lelaki walaupun usianya sudah mencecah 20an.

ARTIKEL BERKAITAN: Foto V (BTS) naik tren tanpa topeng muka trending di media sosial

Bagaimanapun, netizen akhirnya dapat melihat ketampanan V yang tidak banyak berubah sejak kecil selepas sekeping foto lama penyanyi itu tersebar.

"Kacaknya dia.

"Awak boleh nampak dia dilahirkan dengan wajah yang kacak.

"Wah dia mempunyai wajah kacak masa kecil dan dia lebih kacak sejak meningkat dewasa," komen beberapa peminat.

Sumber: allkpop

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

V BTS, BTS, Kpop

Artikel Lain