suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Foto V (BTS) naik tren tanpa topeng muka trending di media sosial

V rasai pengalaman menaiki pengangkutan awam tanpa gangguan.

APA sahaja aktiviti yang dilakukan oleh ahli kumpulan BTS pasti akan menarik perhatian peminat seluruh dunia.

Ini termasuklah foto yang memperlihatkan Taehyung sedang menaiki pengangkutan awam menjadi tular di media sosial.

Foto Taehyung atau lebih dikenali sebagai V ketika berada dalam sebuah tren itu menjadi perbualan hangat peminat kerana V dilihat tidak mengenakan topeng wajah.

Rata-ratanya memuji V tidak keberatan menaiki pengangkutan awam meskipun perlu berdepan dengan orang ramai.

V muat naik foto ketika menggunakan pengangkutan awam.

Menerusi foto yang dimuat naik di aplikasi Weverse, jejaka berusia 25 tahun ini tampak kacak mengenakan jaket berwarna coklat.

Gara-gara penampilannya itu, nama Taehyung menjadi trending di lebih 20 negara.

Malah, topik carian Kim Taehyung menaiki tren tanpa topeng muka turut menjadi topik trending di Weibo.

SUMBER:  Wowkeren

v, taehyung, bts

Artikel Lain