suria

Kembali bercinta... Gigi Hadid beri peluang kedua kepada Zayn Malik

Gigi dan Zayn dilihat keluar makan malam bersama di New York City.

PASANGAN sensasi Gigi Hadid dan Zayn Malik dilaporkan kembali semula sebagai pasangan kekasih.

Menerusi laporan E!, pasangan ini kelihatan keluar makan malam bersama pada malam Sabtu lalu.

Sumber memberitahu portal hiburan itu, Gigi dan Zayn kembali bercinta sebelum cuti sekitar Disember lalu.

"Zayn mula dekat kembali dengan Gigi pada bulan lalu dan Gigi beri peluang kedua kepadanya," ujar sumber.

Pasangan ini sentiasa saling mencintai satu sama lain biarpun mengambil keputusan untuk mengakhiri hubungan pada Januari 2019.

Pada ketika itu Zayn memerlukan masa untuk fokus kepada bidang muzik dan kesihatannya.

Gigi Hadid, Zayn Malik

Artikel Lain