suria

Chen (EXO) buat surat umum bakal berkahwin, khabar angin kekasih kini hamil

Chen bakal menamatkan zaman bujang dan berkahwin dengan kekasihnya tidak lama lagi. Foto: IG CHEN EXO

PENYANYI Kim Jong-dae atau Chen EXO mengumumkan dia bakal berkahwin dengan kekasihnya tidak lama lagi.

Ahli kumpulan EXO ini mendedahkan mengenai perkara itu menerusi sekeping surat yang ditulis.

Enggan membiarkan ia terus menjadi spekulasi peminat, agensi pengurusan SM Entertainment segera mengeluarkan kenyataan.

Menerusi kenyataan kepada Soompi, SM Entertainment membuat pengumuman berkaitan perkahwinan Chen.

Dalam lampiran tersebut, agensi memaklumkan bakal isteri Chen bukanlah seorang selebriti dan majlis itu akan diadakan secara tertutup.

Chen menulis surat mengenai perkahwinannya.

"Chen telah bertemu seseorang dan akan berkahwin, pasangannya bukan selebriti dan majlis itu akan diadakan secara tertutup.

"Untuk menghormati keputusan keluarga, kami meminta anda memberi sedikit ruang untuk Chen dan ini adalah permintaan peribadi mereka.

"Chen akan tetap meneruskan kerjaya seni dan teruskan menyokong Chen. Terima kasih," kata agensi.

Sementara itu, sumber dari SM Entertainment memaklumkan bahawa tunangan Chen itu kini sedang hamil.

Bagaimanapun, mereka tidak dapat menyatakan dengan lebih lanjut mengenai perkara itu.

"Memang benar, bakal isteri Chen sedang hamil," katanya.

Chen, EXO

Artikel Lain