suria

Sedih terima berita kematian, Hamilton dedikasikan perlumbaan buat pelakon filem ‘Black Panther

Hamilton membuat gaya tangan 'Wakanda Forever' yang dipopularkan oleh Chadwick menerusi filem Black Panther.

BINTANG Formula Satu (F1), Lewis Hamilton mengakui sedih sejurus menerima perkhabaran kematian pelakon filem Black Panther, Chadwick Boseman pada Jumaat.

Menurut Hamilton, dia turut mendedikasikan perlumbaannya di Spa-Francorchamps, Belgium pada Sabtu buat pelakon kesayangan ramai itu.

Malah, dia turut membuat gaya tangan 'Wakanda Forever' yang dipopularkan oleh Chadwick menerusi filem berkenaan di atas jentera perlumbaannya.

"Saya bangun tidur dan mendapat berita kematian Chadwick. Ia benar-benar memberi kesedihan buat saya.

"Sukar untuk fokus dengan perasaan ini dalam hati, tapi saya mahu memandu dengan sempurna kerana itulah yang ditunjukkan oleh hero sepertinya.

"Dia bintang yang bersinar. Wakanda forever," kata Hamilton.

Pada Jumaat, Chadwick meninggal dunia pada usia 43 tahun akibat kanser kolon di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

Menurut jurucakap Chadwick iaitu Nicki Fioravante, aktor itu meninggal dunia di kediamannya di samping isteri dan ahli keluarga.

Menerusi sebuah kenyataan yang dikeluarkan ahli keluarganya, Chadwick disahkan menghidap kanser kolon sejak empat tahun lalu. - Sky Sports.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain