suria

Atlet gusti Rusia batalkan majlis perkahwinan selepas gambar tak senonoh pasangannya tersebar

Zaurbek Sidakov membatalkan majlis perkahwinannya dengan Madina Pliyeva selepas gambar-gambar tidak senonoh wanita itu tersebar selain didakwa merupakan seorang gadis 'escort'. Foto: Dailystar

ATLET gusti freestyle Rusia, Zaurbek Sidakov membatalkan majlis perkahwinannya selepas gambar-gambar tidak senonoh pasangannya, Madina Pliyeva tersebar.

Sidakov, 24, dan Pliyeva, 25, diraikan dalam satu majlis beberapa hari sebelumnya dengan kehadiran 500 tetamu.

Tidak semena-mena, majlis yang meriah itu dicemari dengan situasi yang tidak dijangka apabila ramai tetamu menerima mesej memaparkan gambar tidak senonoh Pliyeva yang mendakwa pengantin perempuan itu merupakan seorang gadis 'escort'.

Dikatakan, ia disyaki dihantar oleh isteri kepada skandal Pliyeva, yang merupakan seorang jutawan.

Berasa malu, Sidakov menyerang pasangannya dan menarik rambut sehingga wanita itu terjatuh di lantai.

Pliyeva dibawa ke hospital oleh rakan dan keluarganya, dan kini dilaporkan bersembunyi di Moscow.

Menurut laporan media tempatan, bapa Pliyeva dikatakan mengalami serangan jantung berikutan skandal perkahwinan tersebut. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain