suria

Bekas ejen dakwa Griezmann mahu tinggalkan Barcelona

Griezmann didakwa mahu meninggalkan Barcelona sebelum Ronald Koeman meyakinkannya untuk membuat pusingan-U. Foto: Getty

ANTOINE Griezmann telah memutuskan untuk meninggalkan Barcelona sebelum Ronald Koeman meyakinkannya untuk membuat pusingan-U, menurut bekas ejen pemain itu.

Koeman sudah mengadakan pertemuan dengan para pemain Barcelona sejak pelantikannya sebagai jurulatih minggu lalu, dan dilaporkan telah memberitahu beberapa pemain untuk berhijrah ke kelab lain, termasuk Luis Suarez.

Bagaimanapun, Griezmann diberitahu bahawa dia adalah bahagian penting dalam rancangan Koeman dan Eric Olhats mendakwa, jurulatih itu memutuskan pemain berkenaan akan kekal di Barcelona.

"Sebelum kekalahan teruk di tangan Bayern Munich, Griezmann mahu satu perkara, iaitu berhijrah," kata Olhats kepada RMC Sport.

"Griezmann merasa seperti dia tidak lagi menjadi sebahagian daripada rancangan itu. Dia serius melihatnya.

"Kemudian, Koeman cuba meyakinkannya, bahawa dia adalah sebahagian dari rancangannya dan menganggapnya sebagai pemain penting untuk masa depan," kata Olhats lagi.

Griezmann menyertai Barcelona dari Atletico Madrid pada Julai tahun lalu. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Kes Covid-19 dijangka meningkat - KJ