suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enggan berada di bawah kendalian Koeman, Messi suarakan hasrat tinggalkan Barcelona

Messi dikhabarkan sudah memberitahu Barcelona mengenai hasrat tersebut. Foto: Manu Fernandez

LIONEL Messi dilaporkan telah memberitahu Barcelona bahawa dia mahu meninggalkan kelab itu.

Akhbar sukan Sepanyol, Marca mendakwa pemain kelahiran Argentina itu tidak mahu terus berada di bawah jurulatih baharu Ronald Koeman berikutan kekalahan memalukan Barcelona 2-8 kepada Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara, baru-baru ini.

Manchester City dipercayai berminat untuk 'menyambar' penyerang berusia 33 tahun itu.

Dan dilaporkan Inter Milan juga menaruh minat untuk mendapatkan Messi.

Sebelum ini Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu menegaskan Messi merupakan antara tujuh pemain kelab tidak akan dijual pada jendela perpindahan akan datang.

"Siapa yang tidak akan dijual? Lionel Messi," Bartomeu memberitahu Barca TV.

"Dia pemain terbaik di dunia. Dia tahu itu," katanya lagi.

"Kita juga bercakap mengenai pemain lain seperti Marc-Andre ter Stegen, Nelson Semedo, Frenkie de Jong, Clement Lenglet, Ousmane Dembele, Antoine Griezmann juga tidak akan dijual," katanya dipetik Marca. - Thesun.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain